Sunday, 31 March 2013

Makan Untuk Kesihatan

   Semua orang nak sihat, tapi sejauh mana kita menjaga pemakanan kita supaya badan kita menjadi sihat? Selain daripada pemakanan kita juga perlu membuat senaman bagi menjamin badan kita sihat. Bercakap tentang makanam, makanan yang macamana yang dikatakan sihat? Bukan semua makanan boleh membuat badan kita sihat. Dulu negara barat yang mengamalkan makanan segera tapi pada akhir-akhir ini Malaysia sudah mengamalkan makanan segera. Kesan nya kita sudah boleh nampak apabila pratus kegemukan mula meningkat di negara kita Malaysia.Pratus kegemukan di kalangan kanak-kanak berada di tahap yang membimbangkan.Bagaimana caranya untguk kita mengatasi masaalah ini.
 


   Makanan yang baik dan berkhasiat meyumbang kepada kesihatan tubuh badan dan seterusnya kepada perkembangan otak. Semasa di rumah kita sebagai ibu bapa meyediakan makanan yang berkhasiat, tetapi ketika berada di luar terutamanya semasa berada di sekolah, makanan yang bagaimanan yang diambil oleh anak-anak. Makanan yang tidak sihat dan tidak berkhasiat yang diambil oleh kanak-kanak yang berusia 7 hingga 12 tahun dan juga mereka yang berusia 13 hingga 17 tahun boleh meyumbang kepada ketidakseimbangan tumbesaran dalam tempoh perkembangan yang penting.

   Mengamalkan gaya hidup yang sihat melalui mengawal makanan adalah langkah yang paling baik dan berkesan bagi mengelakan kegemukan di kalangan kanak-kanak terutama kanak-kanak sekolah rendah dan menengah. Kalangan pelajar terutamanya kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar seharusnya mereka dipastikan hanya diberi makanan yang yang baik dan berkhasiat seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan susu selain daripada menggelakan makanan ringan yang boleh menjejaskan tumbesaran mereka. Pendidikan perlu diberikan kepada mereka supaya mereka dapat menjauhkan diri daripada makanan ringan yang jelas merbahayakan kesihatan kerana mengandungi gula,garam,pewarna dan perasa tiruan yang boleh mengakibatkan kerosakan gigi,obesiti,kegagalan buah pinggang berfungsi dan pelbagai lagi penyakit merbahaya. 



   Sehubungan dengan itu kerajaan menguatkuasakan peraturan melaramg penjual makanan dan minuman yang tidak berkhasiat selain mengurangkan kekerapan hidangan yang menggemukan. Juadah nasi lemak kini hanya dibenarkan dijual sekali seminggu. Nasi lemak mengandungi lemak yang sang tinggi penggambilan setiap hari tidak bagus untuk kesihatan kita kerana ia boleh mwywbatkan kegemukan. Makanan di kantin sekolah dikatakan mengandungi bayak minyak dan kalori dan tidak berkhasiat, pemantauan berkala perlu dilaksanakan supaya dapat mengawal pengusaha kantin mematuhi peraturan mengurangkan sajian bergoreng dan meyedia lebih kepada sayur-sayuran dan buah- buahan serta hasil tenusu. 
 


   Dalam melaksanakan langkah tersebut selain isu makanan semua guru juga boleh membantu dengan mencatatkan Indek Jisim Badan ( BML) dalam kad laporan prestasi pelajar bukan sekadar memasukan berat badan dan ukuran tinggi pelajar . Moga dengan cara ini kita dapat mengatasi masalah obesiti di kalangan pelajar menengah dan rendah. Ibu bapa juga memainkan peranan penting bagi memastikan ank-anak tidak terdedah kepada makanan yang tidak sihat dirumah ataupun semasa berada di luar.Di sekolah melalui mata pelajaran PJK murid diajar tentang kesihatan diri dan keluarga, gaya hidup sihat yang menjurus kepada amalan permakanan yang sihat.

No comments:

Post a Comment