Tuesday 26 November 2013

Tugasan Microsoft Access


1.1 Definisi Pangkalan Data.
 Pangkalan data merupakan satu sistem simpanan data yang tersusun,biasanya dalam bentuk elektronik.Himpunan data-data berkaitan yang dikongsi bersama oleh pelbagai kategori pengguna untuk memenuhi kehendak dan keperluan maklumat sesebuah organisasi.Sistem Pengurusan Pangkalan Data (SPPD) Sistem perisian yang membolehkan pengguna mentakrif,mencipta,mengemaskini,mengurus,mencipta dan menyelenggara pangkalan data.SPPD turut mengawal capaian terhadap data dalam pangkalan data.

Saturday 6 April 2013

P&P Tunjang Sains


   Assalamulaikum kawan-kawan hari ini saya mengajar kanak-kanak tunjang sains dengan tema tumbuh-tumbuhan. Saya memilih pokok kelapa untuk diajar kepada kanak-kanak, mula-mula saya pekenalkan pokok kelapa dengan menggunakan buku besar sebagai bahan bantu mengajar, kemudian pergi ke bahagian-bahagian pokok seperti batang, daun dan buah. kemudian lebih kusus kepada kegunaan buah, daun dan batang. Apabila sampai kepada kegunaan daun saya ceritakan kepada kanak-kanak zaman cikgu kecil-kecil dulu kita tak perlu beli wisel kita buat sendiri denggan menggunakan daun kelapa, bila saya bertanya kepada kanak- kanak biasa tak tengok wisel daun kelapa, boleh dikatakan sebahagian kecil sahaja yang pernah tengok.Demi untuk pengetahuan dan pengalaman kanak-kanak saya cuba membuatnya sebab saya rasa untuk membuatnya mudah sahaja. Tetapi malangnya setelah siap dengan cantik tapi bila ditiup tidak berbunyi, selepas satu satu semuanya tidak berbunyi dengan baik. Saya rasa sangat kecewa kanak-kanak mukin lebih kecewa dari saya kerana bagi dia cikgu adalah seorang yang hebat apabila cikgu ceritakan sesuatu sudah tentu cikgu tu boleh lakukan apa yang diceritakan tetapi hari ini saya gagal membuktikan tanggapan kanak-kanak terhadap cikgu mereka.Untuk peringatan kawan-kawan walaupun sesuatu perkara tu sangat senang tapi apabila lama kita tinggalkan sebelum kita ajar orang lain lebih-lebih lagi kanak-kanak kita cubalah dulu untuk mambuatnya sehingga menjadi jika tidak menjadi rujuklah kepada orang lain.  

Wednesday 3 April 2013

pengurusan sumber

Assalamulaikum kawan-kawan macamana dengan kerja kursus untuk mata pelajaran pengurusan sumber kali ini mencabarkan. Mula-mula memang kita rasa susahkan seperti yang En. Biamin cakap memang tak suka, tapi bila dah pandai ha baru tahu kelabihanya, lepas ni bolehlah kita kongsi idea bersama kawan-kawan, sesiapa yang pandai masak dan rajin masak tu kongsi-kongsilah resipi , dan yang pandai buat kraftangan pun jangan lupa ye.Apa yang penting setiap atikal,petikan atau karangan tu yang dipos tu sesuatu yang berilmu. Ok kawan-kawan sebelum saya keluar satu lagi pesanan jangan lupa ye baca blog saya selepas ni.

Sunday 31 March 2013

Makan Untuk Kesihatan

   Semua orang nak sihat, tapi sejauh mana kita menjaga pemakanan kita supaya badan kita menjadi sihat? Selain daripada pemakanan kita juga perlu membuat senaman bagi menjamin badan kita sihat. Bercakap tentang makanam, makanan yang macamana yang dikatakan sihat? Bukan semua makanan boleh membuat badan kita sihat. Dulu negara barat yang mengamalkan makanan segera tapi pada akhir-akhir ini Malaysia sudah mengamalkan makanan segera. Kesan nya kita sudah boleh nampak apabila pratus kegemukan mula meningkat di negara kita Malaysia.Pratus kegemukan di kalangan kanak-kanak berada di tahap yang membimbangkan.Bagaimana caranya untguk kita mengatasi masaalah ini.

Sunday 24 March 2013

boxing

senaman paling cepat untuk turunkan berat badan dengan latihan boxing. lagipun latihan boxing boleh tingkatkan stamina badan kita .Sesiapa yang ada anak -anak yang bermasaalah dengan berat badan tak salah rasanya belanjakan sedikit dut untuk membeli peralatan boxing
Muay Thai ialah sukan tempur yang berasal daripada seni perang purba Siam, Muay Boran. Seni ini berkembang sebagai sukan tempur di seluruh dunia kerana keunikannya tersendiri. Oleh sebab banyak kejohanan dianjurkan di peringkat tempatan dan antarabangsa, Muay Thai kini menjadi pilihan kepada golongan belia di Malaysia tanpa mengira kaum dan jantina untuk menjadikannya sebagai aktiviti masa lapang selain mempelajari ilmu mempertahankan diri.