Assalamulaikum kawan-kawan hari ini saya mengajar kanak-kanak tunjang sains dengan tema tumbuh-tumbuhan. Saya memilih pokok kelapa untuk diajar kepada kanak-kanak, mula-mula saya pekenalkan pokok kelapa dengan menggunakan buku besar sebagai bahan bantu mengajar, kemudian pergi ke bahagian-bahagian pokok seperti batang, daun dan buah. kemudian lebih kusus kepada kegunaan buah, daun dan batang. Apabila sampai kepada kegunaan daun saya ceritakan kepada kanak-kanak zaman cikgu kecil-kecil dulu kita tak perlu beli wisel kita buat sendiri denggan menggunakan daun kelapa, bila saya bertanya kepada kanak- kanak biasa tak tengok wisel daun kelapa, boleh dikatakan sebahagian kecil sahaja yang pernah tengok.Demi untuk pengetahuan dan pengalaman kanak-kanak saya cuba membuatnya sebab saya rasa untuk membuatnya mudah sahaja. Tetapi malangnya setelah siap dengan cantik tapi bila ditiup tidak berbunyi, selepas satu satu semuanya tidak berbunyi dengan baik. Saya rasa sangat kecewa kanak-kanak mukin lebih kecewa dari saya kerana bagi dia cikgu adalah seorang yang hebat apabila cikgu ceritakan sesuatu sudah tentu cikgu tu boleh lakukan apa yang diceritakan tetapi hari ini saya gagal membuktikan tanggapan kanak-kanak terhadap cikgu mereka.Untuk peringatan kawan-kawan walaupun sesuatu perkara tu sangat senang tapi apabila lama kita tinggalkan sebelum kita ajar orang lain lebih-lebih lagi kanak-kanak kita cubalah dulu untuk mambuatnya sehingga menjadi jika tidak menjadi rujuklah kepada orang lain.